Early planning.

by - Monday, January 13, 2014

Setahun tak update. HAHA


Tamat spm, tamat sekolah; officially a school leaver.

Bila dah habis sekolah ni, mesti kena fikir masa depan en. Well actually bila kau dah jadi Form 5, kau dah kena start fikir pasal masa depan kau. Nak sambung study dekat mana, nak ambik course apa, and so on. Nanti takde lah kau kelam kabut menggelabah nak pilih universiti/ kolej bila dah dapat result.


Kawan aku ramai dah dapat offer even diaorang tak mohon pun sebenarnya. In that case, kau patut bersyukur dapat peluang macam ni. Tapi kalau aku lah, aku tak terima. Bukan berlagak ke apa, tapi aku dah ada universiti pilihan sendiri. Tunggu result je sekarang. In Shaa Allah kalau ada rezeki, aku harap aku dapat masuk situ. See, aku dah plan awal awal. Hoho.


Sebelum spm haritu, dakdak batch aku dah ada yang mohon fast track and biasiswa. Termasuk aku. Haha padahal result trial cam haram. Tak salahkan mencuba nasib? ;)


Ada seorang kawan aku ni minta pandangan aku. Ehem ehem *bajet*. Haha. Dia dapat tawaran pergi satu U ni but dia tak tau nak terima ke tak. Kalau ikut pandangan aku, memang aku kata tak payah terima tawaran tu. Aku cakap macam tu bersebab, bukan main suka hati nak hasut fikiran anak dara orang. Sebab sebab dia aku malas nak tulis kat sini.


Lagi menjadi masalah bila kawan aku tu takde perancangan untuk masa depan. Terlebih pasrah pun tak boleh jugak actly. Semua mengharapkan mak bapak yang tolong buatkan pilihan. Come on lah. Itu hidup kau, bukan hidup mak bapak kau. Bila parents dah buatkan pilihan, mula lah nak merungut taknak bagai. Banyak songeh pulak.


As for me, aku bersyukur ada seorang bapa macam ayah aku. Sentiasa nak kan yang terbaik untuk anak anak dia; Nak anak dia hidup senang bila dah besar nanti. For example, kalau aku dapat tawaran apapa, ayah mesti buat check up dulu, list down pros and cons kalau aku terima tawaran tu, bagi suggestions etc. Hehe.





One more thing. Cuti panjang before result/ sambung belajar. Time cuti ni pun kau dah kena ada perancangan on 'how to use your holidays benificially'. Ambik lesen kereta/ motor and kerja. Aku plan macam tu. But unfortunately, it didn't work out the way I've planned. Haihh.


Aku dapat offer kerja cashier petronas, tapi aku tolak. Sebab aku tak suka surrounding and employees dekat situ. HAHA. Cerewet kan? I know.


Sekarang baru bising nak sangat kerja. Hmm.

0 Comment (s)