La Taghdab

by - Wednesday, January 15, 2014





" Orang baran tak boleh dibuat kawan." - kawan-yang-tak-berapa-nak-rapat. HAHA


Yay or nay?


Selalunya kalau orang tengah marah, mesti kita jauhkan diri dari dia en. So, kalau orang yang cepat marah, 24 jam asyik nak marah ni, ada ke orang nak dekat? Nanti tak pasal pasal tersalah cakap sikit, dah kena maki kaw kaw punya. Lagipun orang yang baran ni sometimes boleh tahan annoying dia. I mean, bayangkan, benda remeh tapi marah macam kau buat dosa besar. Mesti dalam hati kau macam, "Wadehel is wrong with you?". Right?


Tbh, aku buat entry ni pun sebab orang sekeliling aku ramai yang baran. Dulu aku pun suka tinggi tinggi suara ni. Tak suka nak mengalah. Emosi tak reti nak kawal semua. But bila aku tengok respon orang sekeliling, lagi membuak buak rasa marah. Keinginan untuk melontar kan kata kata kesat bertambah dengan mendadak :O hoho. Bahaya do. Sebab apa jadi macam tu?


Sebab manusia yang kau marah tu, confirm buat muka tah* kan? Konon tanda protes. Kau suka ke tengok orang buat muka dekat kau? Buat muka annoying sambil minta kaki. Tambah dengan jelingan tajam lagi. Perghh, uji kesabaran betul. Zaman sekarang mana ada manusia senyum bila kena marah ((melainkan orang yang saja nak menganjing dengan kau)).


Tapi bila fikir balik, mana ada orang suka kena marah. Ye dok? Even aku sendiri tak suka kena marah. Lagi lagi depan khalayak ramai. Malu (u.u) haha.


So, here are some tips on how to control your anger:


1. Ambil wudhuk


“Marah itu adalah bara api maka padamkanlah ia dengan berwudhuk.”- Hadis


Benda ni paling common lah orang suruh buat kalau tengah marah kan. Kau pernah tak rasa muka, hati panas semacam bila tengah marah? Kalau ambik wudhuk, mesti rasa sejuk cool macam aircond kan ((hiperbola)). Nak nak kalau air tu air sejuk fresh dari err dari pili. Hoho.


2. Duduk / baring


“Apabila salah seorang antara kalian marah sedangkan dia berdiri maka hendaklah dia duduk, agar kemarahannya hilang, apabila masih belum reda maka hendaklah dia baring.” (Hadis Riwayat Abu Daud)


Kalau kau berdiri bila tengah marah, peratusan untuk kau ber-wrestling adalah tinggi. Kan? Paling tidak pun, kau mesti tumbuk dinding or pintu tandas. Eh? Haha So better kau duduk, rileks rileks. Kalau tak reda lagi, mohon baring then boleh tidur terus. HAHA.


3. Diam dan Blah


“Apabila salah seorang antara kalian marah maka hendaklah dia diam.” (Hadis Riwayat Imam Ahmad)


Bila marah, mustahil kau nak cakap benda benda baik. Ada ke orang marah tetiba dia bernasyid berpuisi pulak kat situ? Haha. Lebih baik berdiam diri dan blah dari situ. Kau nak stay situ lagi buat apa? Karang tak pasal pasal bergaduh pulak.


4. Fikir


Fikir apa perasaan orang bila kena marah; Fikir berbaloi ke kau buang tenaga marah marah ni; Fikir besar sangat ke kesalahan orang tu sampai susah nak forgive and forget; Fikir apa effect kalau kau marah; Fikir fikir fikir.




Sometimes sebabkan nak kena jaga hati orang, kau terpaksa pendam marah. I know that feel bro. Haha. Bagi aku, kalau kau marah, kau dah gagal. Yup, gagal kawal emosi. Haha suka hati aku je cakap macam tu.



Anyway, even the nicest person's patience has a limit.


Jaga hati semua pihak, buat baik. In Shaa Allah, takde ah orang nak marah marah. Kan?



0 Comment (s)