Rindu

by - Wednesday, January 22, 2014

One word; R I N D U.


Ye, aku rindu sangat sangat.
Rindu sekolah.
Rindu bestfriends.
Rindu cikgu.
Rindu batchmate.
Rindu seniors and juniors.
Rindu asrama.
Rindu semuanya.

My mind keep replaying my awesome school memories. Ecewah ayat aku. hewhew. Tapi betul aku cakap, aku rindu zaman aku di sekolah menengah sains bagan datoh (SABDA). Aku tak tipu.

Speaking of sekolah menengah sains bagan datoh, aku ingat lagi masa aku mula mula dapat surat tawaran masuk sbp. Aku turun je dari bas sekolah, dah boleh nampak muka mak aku tersengih sengih depan pintu. Tak pernah pernah lagi mak aku sambut aku balik sekolah camtu. Baru beberapa langkah aku masuk dalam rumah, mak aku dah eksaited tunjuk surat tawaran tu. Menangis aku malam tu taknak masuk asrama punya pasal. HAHAHA silakan gelak.

Bulan lima baru dapat surat tawaran. Aku baru je berjinak jinak dengan sekolah lama aku. And salah satu sebab aku taknak masuk asrama adalah sebab aku taknak tinggalkan kawan kawan aku. But, bila kau dah dapat ayah garang macam singa ni, semua arahan dia kau kena ikut. So yeahh aku masuk jugak sbp tu sebab ayah yang suruh T.T

Daftar hari Selasa, 12 Mei 2009. Aku ingat lagi tarikh ni. Hihi Hari Ahad sebelum daftar tu, ayah bawak gi round sekolah baru. Konon nak sedapkan hati aku. Waktu round tu, dari dalam kereta dah boleh nampak katil dalam dorm mana entah still berplastik.

Ayah tak habis habis cakap, "Ni sekolah baru kak. Kalau kakak masuk sini, kakak jadi perintis. Tengok tu barang katil semua baru still berplastik lagi. Kakak yang rasmikan nanti."
Memang sekolah tu sekolah baru. Like I said before, surat tawaran dapat bulan lima. Kiranya sekolah tu pun secara rasminya mula beroperasi pada bulan lima.

Tahun 2009-2010

Waktu mula mula masuk, sekolah tu serba kekurangan; Bilangan cikgu boleh dikira dengan jari, library takde buku langsung, makmal and bengkel pun barang tak cukup.

Bayangkan dulu Cikgu Jepun ajar Bahasa Melayu and Cikgu BI ajar Sejarah. Peraturan pun tak dikuatkuasa lagi waktu tu. Dalam kelas selalu tidur, pergi prep pakai tudung corak warna warni, masuk dewan makan pakai selipar. Pengawas pun belum wujud.

Ada dua batch je waktu ni. Zealot BOES dan Nova X. Oh oh at first nama batch aku bukan Zealot tapi Imtiaz Pioneer. Hahahuhuhihihoho tak lawak. Asrama guna ground and first floor je. Itupun still ada dorm yang tak cukup 12 orang.

2 tahun ni memang rapat dengan dorm mates je (dorm 16. hehe). Setiap kali waktu riadah memang kitaorg satu dorm conquer court netball. Padahal bukan semua reti main pun. Hoho. Lagi dua orang kitaorg kutip je sesiapa yang nak main, asalkan cukup 14 players. Ramai tak puas hati. Yelah, orang lain takde chance langsung nak main netball. Tapi kitaorg buat bodoh je. HAHA.

Dalam dorm pulak boleh kitaorg bantai main beach ball. Beach ball siapa aku tak ingat. And and, we named it 'Bola Bahagia'. Memang dorm aku bahagia pun main bola tu. Sampai ada yang report dekat warden sebab kitaorg bising sangat. Hmm memories :')

Tahun 2011

Form 3. Asrama dah mula penuh. Aku yang dulu dorm 16 kena pindah naik dorm 25. Tinggi baq hang.
Tahun ni sekolah tiba tiba buat rombakan kelas. Satu batch kena rombak. Semua bantah siap ada nak buat surat untuk pihak pentadbiran lagi (eh, ye ke?). Haha funny. Oh lupa nak habaq, waktu form 2, batch aku ni macam semangat kelas sangat. Kurang bergaul dengan kelas lain. That's why kitaorg taknak rombak. But eventually, semua okay and boleh adapt dengan classmates baru :)

Batch aku batch pertama ambik PMR dekat situ. hewhew *bangga jap*. Memang struggle habis nak banggakan sekolah dan naikkan nama batch. Alhamdulillah result kitaorg mencapai target. Hehehe.

Waktu pasca pmr memang banyak dugaan batch aku hadapi. Ya Allah, hanya Allah je tahu apa perasaan kitaorg time tu. Sedih, marah semua bercampur. Nasib baik batch aku tabah. Hoho


Tahun 2012

Form 4 aku takde banyak sangat nak cerita. Aku ada cerita sikit sikit dulu. Anyway, tahun ni memang best. Dapat dorm semua Form 4. Memang heaven wa cakap sama lu. Haha Bila form 4 baru masuk, memang awkward mula mula. Rasa nak halau pun ada. HAHAHAHA joking. Tapi lama lama, perghh rapat kemain :O hikhik Teringat jugak masa wakil sekolah untuk netball, MSSD. Jadi simpanan pun takpe, asalkan dapat join. Alhamdulillah team sekolah dapat gelaran johan. Walaupun aku takde lah menyumbang pada kemenangan sangat, tapi aku still err gembira. ekekeke

Tahun 2013
Ini tahun memang tak fikir nak main sangat maa. SPM bukan boleh dibawa main. Banyak sangat aktiviti batch. And by 'aktiviti', aku maksudkan ceramah, motivasi, study group and so on. Jadual padat. Jet jet macam pelajar Uni je. Hikhok. SPM weeks paling seronok walaupun stress belajar. Ini aku buat entry special untuk cerita nanti. hehe

Well, itu baru cerita sikit sikit. Kalau nak cerita semua memories aku kat situ memang sampai tua takkan habis (hiperbola). Ahh, rindunya.


0 Comment (s)