Cuak tak cuak :O

by - Monday, February 10, 2014

Aku cuak gila fikir pasal result spm. Sebulan je lagi. Jujur aku tak yakin yang aku boleh dapat straight A. Dah lah aku banyak main. Waktu bulan spm pun aku still malas belajar. Haih. Mood belajar tak muncul muncul. Payah betul.

Actually aku memang tak target pun nak dapat straight A. Cuma aku fikir parents aku. Teringin nak tengok parents aku bangga. Tapi aku ni pemalas -.- Complicated kan? Haha. You know, bila dah tak minat, memang mood nak buat tu tak akan ada. Contoh paling senang, aku jenis yang tak suka ulangkaji. Sangat tak suka. So, mood untuk ulangkaji pun aku tak pernah rasa. Pahe dok?

One more thing, aku ni nyanyuk. Banyak makan semut mungkin ((semut pulak dipersalahkan)). Belajar sikit,  then lupa. Harini hafal formula, esok dah lupa. That's why aku suka belajar last minute. Tapi kalau belajar last minute ni, aku tak sempat nak cover semua topik. Rugi. 

Aku tak suka subjek science. Since sekolah rendah lagi aku memang tak minat science. Aku paling lemah subjek tu. "Kalau orang tu terror science, dia lemah math. Kalau orang tu terror math, dia lemah science." And yes, math is my favorite subject. Paling minat. Lagi satu subject yang aku suka is English. Pernah cuba untuk minat science / Bio, tapi tak boleh -.- Nak kena hafal itu ini. Untuk manusia nyanyuk macam aku ni, memang tak ah aku nak hafal hafal ni.

Setiap hari, aku cakap kat ayah "Ayah, kakak tak dapat 9A tau." "Ayah, kakak tak boleh nak dapat 9A". Ayah diam je. Annoyed mungkin. Haha. Aku target 3A je. Target rendah so nanti aku takde lah kecewa sangat kalau tak berjaya mencapai target. Kan? Hewhew. In Shaa Allah aku akan buat yang terbaik dekat Uni atau Kolej nanti. Hihi Anyway, doakan aku k :)

8 Comment (s)

  1. gila tak cuak.. debo jugak ni.. camne la resut add math.. risau gila nih.. :O

    ReplyDelete
  2. saya pun tak suka sains : fizik,kimia, bio..urgh..tapi bi saya suka..sama la kita :)

    ReplyDelete
  3. waa,kita genk! Saya pun tak sempat cover semua subjek. Setakat buat revision topik2 yg popular ja. itu laa padah kalau suka study last2 minit . xD hehee

    ReplyDelete
  4. banyakkan berdoa la yerr.. btw gud luckkk :)

    ReplyDelete
  5. Saje je bagitahu ayah dia tak dapat :p
    heheheh low expectation. Inshaallah awak boleh lah puteri :D
    Qila doakan yg terbaik!!

    ReplyDelete
  6. goodluck! btw since sekolah rendah saya tak suka maths. for me maths quiet tough subject. tapi lelama belajar rasa senang pulak. :)

    ReplyDelete
  7. takda apedehalahh dengan straight As tu. still boleh berjaya what. hm. wish you all the best. sama sama kita dua k. hiks =D

    ReplyDelete