Book Review: Gantung

by - Friday, March 28, 2014

Tiba tiba rasa macam nak buat book review. Hihi.


Aku malas nak snap pic, so aku cilok gambar ni daripada Google.

Aku memang peminat tegar buku terbitan Fixi. Start minat since Form 4. That time, buku buku Fixi memang fofular (popular) dikalangan budak budak batch kesayangan aku. Diaorang dok pot pet pot pet pasal buku Fixi, so aku pun tiba tiba rasa tertarik nak baca. Selalunya aku tak minat sangat baca novel Melayu. I prefer English novels. Baru lah ada gaya macam budak nerd. Haa gitu. Fyi, Fixi is the only Malay language novel that I read.

Buku Gantung ni aku baru beli kelmarin. Waktu aku beli tu, MPH tengah ada sale. Nasib baik lah dapat diskaun. Kalau tak, memang tak merasa lah aku nak baca buku ni.

Novel Gantung ni cerita pasal budak budak high school. I don't know why but I really like stories about school kids. Hehe. Here's the synopsis.

"Musketeer Code- no all for one, just one for all."
Gibbs, Ray, KJ dan Troll - sekumpulan pelajar lelaki paling popular dan paling akrab di sebuah sekolah asrama elit. Mereka berempat mencipta Musketeer Code: peraturan yang tidak membenarkan sesiapa antara mereka mempunyai steady girlfriend, tetapi sebarang skandal amat dialu-alukan untuk dikongsi oleh semua.
Sehinggalah peraturan itu dilanggar.. dan seorang awek psiko mencetuskan tragedi yang bakal menghantui hidup mereka semua. Kemudian-


Penulisan this book sangatlah informal. Means, korang takkan jumpa ayat ayat skema dalam buku ni sekali gus menjadikan sesi membaca lebih rileks. Eh? Aku rasa orang yang cintakan bahasa kebangsaan mungkin takkan minat untuk baca buku ni. Mungkin. Gaya penulisan dia seriously selamba, macam kita tengah sembang dengan kawan kawan.

Jalan cerita pun menarik. Even sometimes aku ada lah rasa stress jugak bila baca buku ni. Sometimes when we read a book, automatically kita akan cuba untuk teka apa yang bakal terjadi lepas part yang kita tengah baca tu. Kan? But everytime I predicted what will happen next while reading this book, it was wrong. Lagi seronok lah kita nak baca sebab jalan cerita dia is unpredictable. Kalau jalan cerita yang terlampau cliche and senang sangat untuk ramalkan ending dia, dah tak feel ah thrill nak membaca tu. Tak syok ah en.

Banyak adegan saspen dalam novel ni. Baca synopsis pun dah rasa saspen kan? Makin membuak buak lah rasa thrill tu. Tapi bila baca novel Gantung ni, korang kena fokus and fahamkan betul betul. Kalau korang baca bodo-bodo je, memang susah nak grab ending dia nanti. Kalau tak nak terpinga pinga, baca dengan penuh semangat k. HAHA.

Bye.

10 Comment (s)

  1. Betul, cerita fixi semuanya luar jangkaan. Dah try baca 'Kelabu'? best tak menahan!! ehehe

    ReplyDelete
  2. @Miss Xyz: dah baca dah. memang best :D

    ReplyDelete
  3. thanks for this review <333
    farah start tahu pasal fixi ni last year. nak beli tapi tak ada masa nak pergi kedai buku.

    ReplyDelete
  4. Ni mcm cerita seram ke? Rasa mcm best pulak bila jalan cerita dia. Saya kalau Baca novel melayu selalunya Baca novel fatimah syarha, gaya Dan bahasa dia pun best. InsyaAllah nak try beli buku gantung ni. Thanks review. Lupa nk Tanya, harga dia berapa? :o

    ReplyDelete
  5. wee, nampak macam best je cite die :O

    ReplyDelete
  6. kengkawan kat sekolah semua suka bebeno ngan buku ni. muka depannya seram, takut kita. kita ni dahla penakut xD

    ReplyDelete
  7. im a fan of Fixi. serious suka gila sebab writing dia sangat sempoi. haihh. tapi gantung ni tak pernah baca lagi =D

    ReplyDelete
  8. fixi? 1st dpt tw... hihiii... mcm best jer novel ne... nnt nak g cari larr... hahaha :D

    ReplyDelete
  9. Mcm best je . Nak kena cri jgk la .

    ReplyDelete
  10. Aip aip baru tahu pasal fixi lepas baca entry ni. Wahhhh macam best je buku tu >.< Kita pun suka baca novel/cerita pasai budak sekolah huhahuha

    ReplyDelete