Lesen Memandu #1

by - Sunday, April 06, 2014

Semalam aku pergi dengar ceramah KPP for 5 hours tu. Agent aku suruh datang dekat kedai tu pukul 7.30 pagi. Tunggu punya tunggu, last last pukul 8.30 baru nak gerak ke Akademi Memandu. Shit gila kena tunggu sejam baru nak gerak. Baik aku bertolak dari rumah pukul 8.20 pagi je. Bukan jauh pun rumah aku. Lima minit dah sampai. Cis, pagi pagi aku dah sumpah seranah agent tu dalam hati -.-

Sehari sebelum ceramah tu, aku rasa nervous sangat. Yelah, sebab nanti aku pergi sorang sorang, takde kawan. Aku kan pemalu. Hoho. Kang nampak sangat lah aku ni forever alone T.T

Bila dah sampai dekat Akademi Memandu tu, aku beranikan diri pergi tegur budak yang duduk sebelah aku dalam kereta agent tadi. Nama dia Izzati (don't know how to spell, but it sounds like that). Nasib baik sebaya ! Hihi. Takde lah awkward sangat nak berkawan. Ye dok?

Memang sepanjang dekat Akademi Memandu tu aku berkepit je dengan dia. Haha. Mesti dia rasa aku annoying ke apa. Hahaha.

Ceramah tu seriously bosan and ngantuk ya amat. And I don't know how to survive for that 5 hours. Dush. Awal awal lagi aku dah merungut rungut dalam hati. Haha mengada kan?

Slot pertama, penceramah tu macam lepaskan kemarahan dekat kitaorang yang tak bersalah ni. Takut aku. Aku tak tau lah gaya dia bercakap memang tengking tengking ke apa. Tapi dia siap hentak hentak meja lagi. Pergh, scary betul. Budak belakang aku pulak seronok bebenor main sepak sepak kerusi aku.

Aku rasa macam nak..



Then rehat 30 minit. Time rehat aku gi kantin dengan Izzati. Tapi kantin dia pun macam tunggu untuk dirobohkan je -.- Hilang terus rasa lapar. So kitaorang patah balik pergi bilik ceramah tu memandangkan Izzati pun taknak makan. Chemistry kami kuat kaann. Eh? Aku ingat nak tidur kejap. But bila fikir balik, tak molek ah kalau orang tengok. Kan kan? Hahaha *gelak tutup mulut*

Second slot, penceramah lain pulak masuk. Okay lah jugak second slot ni. Penceramah suka buat lawak even sometimes lawak dia tu susah nak faham. But kitaorang gelak jugak sebagai tanda hormat. Kalau buat muka blur, macam kuang haja pulak en. Penceramah ni suka tanya tanya soalan. Ah, siot gila. Menggelabah aku bila dia tanya soalan. Aku tak study langsung buku undang undang tu. So bila dia tanya aku, aku pun tiru je apa yang orang lain cakap. HAHA.

Daaannn selepas 5 jam setengah (termasuk waktu rehat) aku duduk tercongok dalam bilik tu, akhirnya ceramah habis dengan jayanya. Ya Allah, rasa macam nak sujud syukur je bila ceramah dah habis. Haha. After tandatangan slip apa entah, aku gi kaunter untuk ambik IC. Dah settle scan jari and dapat semula IC, akak kaunter tu dengan senyuman manis lagi menawan berkata,

"Okay, dah boleh balik."

Hehe yess. Thank you penceramah sebab ajarkan macam macam. Eventhough aku dengar tak dengar je.

Balik tu, parents aku baik hati nak ambik dekat Akademi Memandu. Fuhh, nasib baik. Kalau tak, aku kena tunggu lagi sejam sebab nak tunggu agent tu hantar balik sekali dengan budak budak yang belajar motor. 

Oh, ceramah habis pukul 2.40 petang. Kawan kawan aku semua kata ceramah diaorang habis pukul 4 petang. I'm so lucky it ended early. Hihi.

Anyway, lepas ceramah ada dapat sijil or slip apapa ke? Aku tengok orang lain semua dapat kertas. Aku tak dapat apapa pungg.

16 Comment (s)

  1. kalau kena dengan ceramah yang straight tu tak de lawak bagai memang ngantuk. ngehngeh

    ReplyDelete
  2. nanti atas litar lagi syok! heee

    ReplyDelete
  3. takpe slow slow kayuh dek, hehe =D

    ReplyDelete
  4. masa hazy pergi kelas 5 jam tu pun, hazy sorang je. rasa macam betul2 forever alone. lagi2 bila bdk2 yang ikut sekali dgn hazy semuanya lelaki .. wat lek puteri . pasni dpt kereta, dh boleh merempits . hahah .

    ReplyDelete
  5. Lin dh dpt P dah , baru je , hehee . Rasanya lepas KPP takde apa kott . Sbb lepastu test komp kan ? So , good luck for your license ! :D

    ReplyDelete
  6. ceramah itu memang sangat mengantuk . . kak dulu pergi sorang2 je tak de kawan ~ waaaa ;p

    ReplyDelete
  7. Lek luuu kat puteri. Hihihi~ saya dulu pergi ceramah tu, ada sorang abang tu kena marah dengan penceramah sebab tidur dalam kelas xD lepas ceramah, saya dapat sijil, tapi pihak akademi tu yang simpankan ^^

    ReplyDelete
  8. bestnya ambik lesennnn.. ni jeles ni. T.T
    yus tak ada masa nak ambik, keje punya pasal :((

    ReplyDelete
  9. bestlah. lepasni boleh drive sendiri nak hang out. hahaha.

    ReplyDelete
  10. hahaha. gelak sbb hormat? boleh yea mcm tu. haha. kalau akk memang buat muka blur je. biar dia tau lawak dia tak jadi. hahaha. xD

    ReplyDelete
  11. Eh Eh Aku Lesing karang..hahaha best la blog akk ni :) kelakar :))

    ReplyDelete
  12. wahh. dah nak belajar memandu. ceramah memang bosan. tapi latihan 8 jam best gila xD

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. Kawasan mana akademik emmandu tu? ahaha XDD

    adik yong dapat lesen dah semalam.. happy sangatlah dia dah lepas JPJ ahaha XD

    nasib JPJ laki.... kalau dapat yg puan habislah... sbb kebanyakannya cerewet ahaha...

    ha'ah kan sabor jela... tak tepat masa btul... ahaha..

    nanti amek leklok lesen.... bwahahahahahhaa (evil laugh)

    ReplyDelete
  15. Haiiiii..Cakkk!!
    done follow sini no. 122
    sudilah kiranya follow me back yea..
    he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)

    http://tengkubutang.blogspot.com/

    dan my 2nd blog
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  16. ecah kena psycho je dalam kelas.. boring -.-

    ReplyDelete