Lesen Memandu #3

by - Friday, April 25, 2014

Ehem, sambung lagi kisah aku yang baru terkial kial nak belajar memandu. Hoho.

Lepas dah berjaya lulus ujian komputer, aku sambung pergi kelas Pra L- 3 jam teori, 3 jam amali. Ayah bising bising sebab kena dengar ceramah banyak kali. Haha. Padahal bukan ayah pun yang kena pergi dengar ceramah -..-

Kali ni, ada seorang Pakcik yang hantarkan kitaorang pergi Akademi Memandu. Biasanya kitaorang naik teksi or agent tu yang tolong hantarkan. Waktu dalam kereta tu, aku tegur budak perempuan sebelah aku. Nampaknya aku makin lama, makin berani tegur stranger. Hahaha.

Nama budak tu Nik. Kitaorang sebaya. Seat depan pulak ada Mira. Mira tu aku dah pernah tegur waktu nak ambik test dulu. Kebetulan Nik tu kawan sekolah rendah Mira. Kebetulan weeeh kebetulan. Diaorang ditemukan kembali semasa nak pergi kelas teori 3 jam setelah beberapa tahun terpisah. Ececeh.

Pakcik tu baik sangat. Dia lah yang akan ajar kitaorang memandu sampai ujian JPJ nanti. Nasib baik tak garang. Hehehe.

Sepatutnya hari tu kitaorang kena pergi kelas teori tu je. Tapi pakcik tu kata one of us kena buat kelas amali on the spot jugak. So aku pun volunteerkan diri untuk buat kelas amali hari tu. Yang minah dua orang tu buat hari lain. Hihi. Kabut sangat nak ambik lesen awal awal cenggitu ah jadinya.

Dah daftar semua, pakcik tu suruh aku rehat kejap sebab dia nak kena hantar Mira dan Nik balik rumah. Tapi aku mengada ngada nak ikut pakcik tu hantar diaorang sebab aku taknak kena tinggal sorang sorang. Hahahahaha.

Bila dah sampai balik dekat Akademi Memandu tu, terus pakcik tu ajar aku basic memandu. Daaaaaaaaaaaannn, for the first time in forever, aku memandu kereta. Haha. Eksaited gila weehhh. *batak*


But guess what?

On the way pakcik tu nak hantar aku balik rumah, aku tengok muka aku merah ya amat. Ya Allah, malu nya aku T.T No wonder ah semua orang usha usha aku. Muka dah macam apa je. Hahahihihehehoho.

Actually kulit aku memang cepat merah. Macam kulit baby tu. Even baru kena panas sikit, kulit dah merah. Hahahaha kulit ai sensitip k. Waktu zaman sekolah dulu lagi lah. Lepas sukan je muka aku mesti merah kalah tomato.

Sekarang hanya perlu tunggu Lesen L aku siap. Almost seminggu dah ni aku tunggu. Omg tak sabarnyaaa.

Bye.

13 Comment (s)

  1. dulu cikgu memandu tak pernah pun hantar and ambil kat rumah -.- hampeh. haha. kalau sy mmng jgn harap nak tegor stranger. malu siot -.- LOL

    ReplyDelete
  2. kak nini dah dapat lesen P hari tu,hehe. lawak jugak masa first time bawak,ye la. tak pernah pun try sebelum tu. good luck ye puteri,wishing u all the best!

    ReplyDelete
  3. wahh puteri, takpee orang kate slow and steady kannn :D hehe serius first time belajar best.

    ReplyDelete
  4. Wah best2 dah belajar bawak kereta. Tak sabar pulak tunggu turn saya! :D

    ReplyDelete
  5. nasib baik tukang ajar memandu tu tak garang. selalu tngok cikgu2 yg mengajar semua cm garang je :D

    ReplyDelete
  6. adda dah pass kereta. waiting for P. yayy. but failed motor. sedih betui. apapun kulit merah pun okay. natural blusher gitu xD

    ReplyDelete
  7. agent akak dulu garang gilaa . tp alhamdulilah dalam garang2 diaa akak pass jugak . hehe .

    ReplyDelete
  8. chaca dah lulus dah, dah sah pemegang P. memang kalau for the first time in forever kalut sikit. chaca pun macam tu jugak. haha takpa bawak slow and steady punya. nanti dah dapat L lagi excited boleh drive luar akademi tu :) goodluck puteri. sorry lama tak singgah sini :)

    ReplyDelete
  9. yus still tak ambik lesen kereta lagi.
    bila tau nak ambik, dah tua nanti agaknya.. -.-

    ReplyDelete
  10. Wahhhh mesti kak puteri ni putih orangnya kaaaaan? huha :D

    ReplyDelete
  11. Untung lah! Lepas ni dah leh drive ke mane je suke aty. Jeles k. Hihi >< ana takleh memandu, silau.

    ReplyDelete
  12. nasib tak dapat yang garang. muehehe.
    comelnya kulit gitu. merah merah =D

    ReplyDelete
  13. comelnya muka merah. tak payah revlon =D all the best utk test jpj nanti ! chillex =D

    ReplyDelete