Lesen Memandu #4

by - Saturday, May 31, 2014

Dah lama aku menyepi membawa diri yang lara. Sob sob. Aku sendiri pun dah naik muak tengok blog ni tak ber-update. Hm memandangkan esok aku dah kena daftar masuk U, I decided nak update one last entry.

Sabtu lepas aku ada kelas memandu untuk pertama kalinya. Kelas pertama tu pakcik tu ambik aku lambat sejam. Kata pukul 2 petang dia nak ambik aku dekat rumah, tapi dah dekat pukul 4 baru dia sampai. Memang aku bengang habis. Waktu dalam kereta pakcik tu, semua benda aku rasa nak complain. Aircond tak pasang, radio sekat sekat, seatbelt berbelit. Haihh marah punya pasal. Tapi disebabkan aku nak menjaga adab terhadap orang tua, aku complain dalam hati. Sepanjang perjalanan ke pusat memandu tu aku pandang luar je. Konon nak merajuk. Padahal pakcik tu sikit pun tak kisah pasal perasaan aku. Cis.

Ahad pun sama. Pakcik tu ambik aku lambat. Tapi takpe, aku dah biasa.

Hari Isnin pakcik tu kata nak ambik aku lepas beliau dengar ceramah apa entah. Pagi pagi lagi aku dah siap. Sementara aku tunggu panggilan daripada pakcik tu, aku tertidur. Eh salah, bukan tertidur tapi aku sengaja tidur sebab ngantuk. Bangun bangun aku jadi gelabah sebab adik aku kata tadi ada orang tekan loceng rumah. Aku tak tau lah adik aku tipu ke apa sebab aku memang tak dengar langsung bunyi loceng rumah. Jadi dalam fikiran aku waktu tu, pakcik tu dah datang tapi disebabkan aku tak pergi bukak pintu rumah, dia ingat aku takde dekat rumah. Bahasa pendek dia, pakcik tu dah ditinggalkan aku T.T

Dengan harapan yang tinggi menggunung, aku pakai tudung dan tunggu pakcik tu jemput aku. Aku yakin yang pakcik tu belum lagi datang rumah. Around pukul 2, aku call pakcik tu. Niat sebenar nak minta maaf sebab aku tertidur waktu pakcik tu datang nak ambik aku belajar memandu. Tapi...

"Haa Puteri. Hari ni cancel lah class eh. Esok baru ada ok."

Perghhh aku punya semangat tunggu. Siap rasa bersalah lagi. Tengok tengok pakcik tu memang belum pun lagi datang rumah aku dan ditambah pula dengan plan yang di-cancel last minute. Panas hati aku kalah cuaca Malaysia tau -.-

Hari Selasa sambung lagi belajar. Waktu aku memandu dekat jalan raya, tetiba ada satu kereta Toyota Camry nak langgar aku. Biadap. Berani betul dia pandang hina dekat kereta Kancil putih yang aku pandu tu. Kalau ikutkan hati remaja aku ni, nak je aku langgar kereta tu sampai lenyek tunggang terbalik meletop kebaboom. Tapi bila fikir balik yang aku ni hanyalah pemegang lesen L, aku redha (u.u)

Berdendam aku dengan kau. Kau tunggu lah aku dapat lesen nanti.
Rabu ada lagi kelas memandu. Jadual pakcik tu pack sangat sebab esoknya (Khamis) dah test jpj. So dia suruh aku belajar dengan cikgu lain. Sementara tengah tunggu turn nak belajar dengan cikgu lain tu, pakcik makcik dekat situ semua kecoh pasal test jpj esoknya tu (Khamis) terpaksa dibatalkan. Sebab apa?

Sebab ni haa..


Maka kelas memandu pada hari Rabu tersebut dibatalkan juga immediately. Rugi lah belajar tapi test ditunda, kata salah seorang cikgu perempuan disitu. Pakcik tu terus hantar kitaorang balik rumah. Entah bila lagi aku boleh ambik test jpj. Hm. 

Btw, aku tak tau kenapa aku rasa sedih sangat Sultan kita ni mangkat T^T Rasa nak nangis pun adoo.

Lepas ni aku akan hiatus sampai bila pun aku tak tau.

Bye.

7 Comment (s)

  1. Yihh? Lesen tegantung ke putri? Sbb x ambik test jpj lg.. Lgpun puteri kn nak ke u da ni.. Aish..

    ReplyDelete
  2. sabar ya puteri.. huhu. eh, dah nak masuk U, lesen tak dapat lagi. macam mana tu?

    ReplyDelete
  3. Moga cepat dapat lesen ya Puteri :)

    ReplyDelete
  4. nanti cuti sem boleh buat :) jgn risau :* good luck dear :)

    ReplyDelete
  5. aihh lambat pulak nak ambik test kan? anyway all the best esok :) hihi

    ReplyDelete