Throwback: Sakit

by - Friday, May 16, 2014

Since aku masuk asrama, aku rasa aku dah banyak kali jatuh sakit. Terseliuh lah, demam panas lah, keracunan makanan lah etc. And everytime aku sakit, aku mesti jadi rindu dekat rumah. Sebab kalau sakit dekat rumah, satu family bagi layanan special. Adik aku yang berperangai syaiton tu pun tetiba dengan rela hati jadi kuli aku. Nikmatnya time sakit kemain lagi haa. Haha.


Tapi kalau sakit dekat sekolah, nak taknak kena jugak pergi sekolah, turun riadah etc. Seksa baq hang T^T Nasib baik ada kengkawan yang boleh tahan caring dia. Hahaha.

Dulu waktu aku Form 2, aku pernah sakit teruk sampai kena operate dekat dagu. Mula mula, dia cuma timbul jerawat dekat bawah mulut. Tak tau macam mana, jerawat tu boleh mengalami tumbesaran yang sangat dasyat. Habis bengkak besar dagu aku.

Pada awalnya takde lah teruk mana. Aku ingat tu jerawat biasa. Tapi dah hampir sebulan, jerawat tu macam tak reti reti nak blah dari muka aku. Makin lama aku rasa bahagian jerawat tu macam makin sakit. Sampai satu tahap aku tak boleh nak buka mulut. Malu weh nak pergi sekolah dengan dagu bengkak. Muka aku dah macam alien dah aku rasa. 


Ada sekali tu tetiba satu sekolah blackout. Waktu tu semua orang kena pergi kelas prep. Tapi disebabkan blackout, dorm mates aku tolong jagakan aku dekat dorm. Siap kipas kipaskan aku lagi sebab taknak aku panas. Ya Allah, sumpah aku rasa nak nangis je time tu. Rasa terharu macam baru menang pingat emas dalam Olympic. Semoga suatu hari nanti aku dapat balas kebaikan korang semua :'D Oh, tak lupa juga dekat kawan kawan aku yang setia teman aku pergi klinik and jaga aku dekat bilik sakit. Dan cikgu cikgu yang baik hati hantarkan aku pergi klinik / hospital.  Ceh, dah macam winning speech.



Hampir setiap hari kena ulang alik pergi klinik. Menyusahkan orang betul aku ni (u.u) Mula mula pergi klinik Bagan. Lepastu doktor dekat situ suruh pergi klinik gigi. So, aku pun dibawa ke klinik gigi dekat Sungai Sumun, kalau tak silap. Doktor gigi dekat situ suruh pulak aku pergi Hospital Teluk Intan. Walaweh dah macam traveler dah aku ni -.-

Last last, doktor dekat hospital tu kata kena operate. Ustaz yang bawa aku pergi hospital tu boleh pulak gurau suruh operate dekat Hospital Teluk Intan tu je. Perghh, susah sangat ke pihak sekolah nak lepaskan aku balik rumah T.T Sobsob. Nasib baik Ustaz call Ayah cakap aku sakit kena operate. Nasib baik ustaz bergurau je. Nasib baik Ayah nak bawa balik operate dekat Ipoh. Nasib baik aku boleh balik rumah. Nasib baik...

Bila nak balik tu, Ustaz aku tetiba stop dekat depan satu bangunan.

Ustaz: Tau tak tu bangunan apa? Tau tak tu tempat apa?

Kawan aku: Hah? Err.. tak tau. Tempat apa tu ustaz? (aku diam je lah. Nak buka mulut pun sakit)

Ustaz: Rumah... mayat. Hahahaha. 

Aku dengan kawan aku dah cuak dah. Sempat lagi ustaz buat lawak time time cenggitu -.- Buat lawak seram pulak tu. Haihh. Kawasan 'rumah mayat' tu memang macam sunyi sikit. Bayangkan kalau tetiba ada....



Sampai je dekat sekolah, dah boleh nampak kereta Ayah dekat garaj. Ustaz siap puji puji ayah lagi.

"Baguslah ayah kamu ni, menepati masa."

Padahal Ustaz tak tau yang Ayah pecut lelaju -.- Duration dari Hopital Teluk Intan ke sekolah aku adalah dalam sejam lebih. Duration dari office Ayah (dekat Ipoh) ke sekolah aku adalah dalam 2 jam. Ayah memang suka bajet macam tengah drive Formula 1 -___________-

Esoknya baru parents aku hantar pergi hospital. Waktu sampai dekat entrance hospital, staff hospital semua berpusu pusu lari dekat kereta Ayah. Like I said before, Ayah suka bajet macam tengah drive Formula 1. So staff staff hospital pun ingat ada emergency ke apa. Mohon jangan contohi Ayah aku.

Sebelum operate, Mama tangkap gambar aku. Then gelak gelak dengan adik aku. Gelak tahap gaban pulak tu. Ingat aku tak dengar? Heh. Tak dinafikan muka aku buruk gila sebab bengkak yang terlampau besar. Dah lah muka aku dah memang sedia buruk T.T

The next day, aku operate dagu. Sebelum masuk bilik operation tu, mama ada cakap..

"Kakak masuk dalam tu eh. Mama tunggu kakak dekat luar."

Omggg macam drama pulak. Hahaha. Waktu mama cakap cemtu, aku dah mamai tahap infiniti dah. Bius kuat gila weehh. Miracle gila aku boleh ingat ayat tu. Selalunya tak sampai sehari aku dah lupa dah. Hoho.

Seminggu aku dalam hospital. Dan sepanjang seminggu tu Mama tidur dekat hospital dengan aku. Tsk tsk. Terharu gegilos. Ayah pun selalu belanja aku makan Mac D, etc sebab aku taknak makan makanan hospital. Tawar. Aku rasa macam aku dah hilang taste bud makan makanan situ. Adik beradik aku pulak datang sebab nak tengok Disney. Rumah aku takde Disney. Kuang hajaq betul deme ni.

Lepas discharged je, ayah paksa aku balik sekolah sebab aku dah banyak ketinggalan. Lagipun exam akhir tahun dah dekat. Padahal MC aku 2 minggu. Means cuti aku ada lagi seminggu. Kejamnya duniaaaaaaa T^T Nak taknak terpaksa lah aku balik sekolah. Nanti orang kata aku ni anak derhaka pulak.

Bila dekat sekolah, habis kena perli sebab aku pakai plaster dekat dagu. "Kau gaduh dengan Mafia ke weh?" "Uish, gangster nya."

Aaaaaa, menyampah k.

Bye.

16 Comment (s)

  1. Haha.. Lawak2. Ayah puteri tu risau la tu. Tu yg bwk cam formula 1. Lgpun saje nak bg hospital nmpk gempak je kes puteri kan. Haha

    ReplyDelete
  2. hebat la ustaz melawak camtu. apa pun tak boleh. haha~~ take care tau. jangan sesakit lagi :)

    ReplyDelete
  3. untungnya ada kawan ngan family caring cenggitu..hehe

    ReplyDelete
  4. walaupun sakit tu perit, tp memang tak dinafikan best lah jugak kan. lagi-lagi bila adik2 tiba-tiba jadi terlebih baik tu. heheee.
    and, ikut pengalaman kat asrama, memang sweet and caring gila ah kengkawan semua. siap kasi cool fever lagi XD

    ReplyDelete
  5. Pengalaman asrama leave sweet memories :D tapi scary la gambar atas tuuuu ><

    ReplyDelete
  6. Ya Allah. terkejutt tengok gamba 1st tuu >.<

    ReplyDelete
  7. wan pernah kene jerwat besar kat idung...member wan siap panggil wan pinokio lagi time tu...hahahaha

    ReplyDelete
  8. rumah... mayat.. haha seramnye >< gambar 1st tu kelakar. muahaha!

    ReplyDelete
  9. bhahahahaha. adik bradik kite pun selalu macam tu gak. mnyampah. hahaha

    ReplyDelete
  10. ayat 'kau gaduh ngan mafia ke weh' tu tak leh blah dooo xD

    ReplyDelete
  11. Lawak bebenor ustaz kamu ni ha.

    ReplyDelete
  12. so sweet yg part kipas tu. ermmm kalau ecah memang dah menangis..

    ReplyDelete
  13. harap janganlah dagu macam dalam gambar tu.. seghiau ghase.. huhu.

    cepat sembuh okay.

    ReplyDelete
  14. adoyai lawak gila entry ni baq hang.
    comel kot hantu tu *rawr*
    ayah puteri memang patut masuk f1, ada bakat tu XDD

    tapi betullah kalau sakit mesti nak balik rumah. ada jugak la orag manjakan.

    ReplyDelete
  15. Ada hikmah bila kita sakit, contoh puteri sakit, adik pun sanggup jadi kuli. heeeee

    ReplyDelete