I survived.

by - Saturday, June 07, 2014

Alhamdulillah. Aku berjaya mengharungi minggu orientasi selama seminggu dengan jayanya. Tepuk tangan sikit.

Seperti yang aku gembar gembur kan dalam entry entry yang lepas, aku dapat Uitm Seri Iskandar. Ahad lepas baru daftar. As usual, aku daftar lambat sebab rumah dekat je. Hihi. Kawan aku dah sampai sana, tapi aku still tengah gelabah nak cari barang itu ini. Haha.

Sepanjang perjalanan aku senyap je. Rasa nervous dia kalah time nak ambik result spm tau uolls. Padahal sebelum ni aku dah biasa stay jauh dari family.

Masuk masuk pintu utama Uni, terus pergi daftar. Pendaftaran secara drive-thru k. Kelas kau jah. Haa kau ado?

Daftar kolej pe semua then terus angkut barang masuk bilik. Aku dapat tingkat atas sekali. Aku ulang..

TINGKAT ATAS SEKALI

Saja caps lock. Biar korang nampak yang aku tengah emo. Hari hari naik turun tangga ni boleh tercabut kaki tangan kepala.

Minggu Destini Siswa / MDS/ Orientasi sangat lah bosan. Long story short, most of the activities adalah ceramah. Paling tak tahan bila kitaorang kena duduk bersila atas lantai dewan. Bersila dan kena duduk rapat rapat. Terlampau rapat a.k.a berhimpit himpit. Sebab student Part 1 ada lebih kurang 2500 orang. Dewan pun tak muat nak tampung kitaorang. Sadis ah.



And everyday kitaorang kena berjalan almost 5 km or more. Mula mula aku merungut lah jugak sebab penat + sakit kaki + berpeluh + semput. Rimas weehh. Tapi last last, aku baru sedar yang stamina aku dah bertambah. Siap jalan lelaju; memotong semua orang sambil buat muka bangga kononnya aku ni atlet hebat. Waktu tu mula lah rasa macam nak kembali ke zaman merentas desa dekat sekolah dulu and kumpul pingat bebanyak. Hahahaha.

Sepanjang minggu memang kena rushing. Nak makan pun kena rushing. Boleh dikatakan setiap kali makan ikan, aku akan tercekik. Nasib umur aku panjang. Makanan yang disediakan pun boleh lah tahan sedap. Normal lah kalau makanan dewan makan rasa tawar en. Dah dapat makan free, aku taknak complain banyak. Nanti orang kata aku tak reti bersyukur pulok.

To be honest, aku banyak tak puas hati dengan pengurusan minggu destini siswa ni. Tapi takpe lah, benda dah lepas. Hew hew.



Yang sedihnya, aku asyik rindu Mama. Buat itu, rindu Mama; Buat ini, rindu Mama. Waduh waduh, Mama menghantui aku. Hebat betul penangan cinta Mama. Acewah.

Luckily room mates aku (Sopi & Aida) sporting and sekepala. Diaorang sama course. Aku je yang sesat course lain dekat situ T.T Kadang kadang rasa tersisih. Hahahahaha. Setiap kali bila kena berkumpul ikut fakulti, aku forever alone. Mohon simpati. 

Nak letak gambar room mates aku tapi usb takdak. Gambar berlambak. Tak sangka diaorang ni suka selfie. Haha.

Jarak antara kolej dengan fakulti sangat lah jauh. Boleh kurus woo. Itu belum kira lagi sesat apa semua. Bilik aku pun kecik. Loker pun slim je aku tengok. Ish, rasa nak complain pasal semua benda. Hahahaha.



Anyway, again, PLS DOAKAN AKU SURVIVE. Hihi.

Bye.

P/s: Gambar semua dicilok dari Google.

12 Comment (s)

  1. kite pulak yg excited nak baca cause bagi kite best kot macam ni cause experience kan? hehe semoga puteri dapat sesuaikan diri dgn suasana yg baru. all the best yaa ^^

    ReplyDelete
  2. Untungnya dapat kampus dekat dengan rumah ni.

    ReplyDelete
  3. lambat mai memg dia campak kita kat tingkat atas sekali . hehehe . inshaAllah you can survive dear :)

    ReplyDelete
  4. yeay sama u dgn kakak farah, tapi sekarang dia dah last sem. put dapat blok apa? hihi survive ye, boleh kurus kan put.

    ReplyDelete
  5. Yay! You're SURVIVED! xD
    Goodluck akak semoga sentiasa sukses dalam semuanya .. Fighting! <3

    ReplyDelete
  6. goodluck study sis :D . sy pulak rasa tak sabar masuk alam lepas spm ni . hehe . belajar rajin 2 ^^V

    ReplyDelete
  7. seri iskandar ke? dekat dgn kampung saya :D haha seksanya dpt bilik tingkat paling atas. saya ni kat sekolah dpt kelas paling atas(tgkt.3) pun tk larat T__T

    ReplyDelete
  8. Perak pun ade UiTM gak eh? Ingat takde. Alolo putri, kuat jiwa kuatkan semangat tau! Yg pnting ingat pahala org yg menuntut ilmu tu besar. Allah menilai setiap langkah perjalanan kita menuju ke tempat menuntut ilmu.

    ReplyDelete
  9. tahniahh sbb dapat survive kikiki. haha take care syg

    ReplyDelete
  10. wuish duk atas lantai himpit2 dgn beribu2 org.. sabor je lah :) dah habis dah.. ^__^

    semoga bertahan sampai habis belajar.. aamiin ^___^

    ReplyDelete
  11. Atas sebab tak diketahui , adalah satu benda biasa bila kita jer course lain tapi orang lain ambil course sama .

    ReplyDelete