Semester 1: Done

by - Wednesday, October 22, 2014

It has been a long time. Heh.

Long story short, Semester 1 dah habis. Tak tahu nak rasa macam mana. Yang pasti, aku happy sebab dapat cuti lama. Hoho. Biar aku story serba sedikit kisah hidup aku di Universiti tercinta.

Taknak baca, berambus. Hahaha.

Dekat UiTM ada kedai nama KShoppe. Kedai kecik lebih kurang macam koperasi lah jugak. Eh entah lah; Aku tak reti nak describe macam mana. Apa yang aku nak cakap sekarang adalah aku kerja situ. Haha. Cita cita sampingan aku is to be a cashier. Sebab cashier boleh pegang duit banyak banyak. Hahahahaha. Dari dulu memang aku nak kerja dekat koperasi sekolah tapi tak kesampaian. Muka aku ni nampak macam tak boleh dipercayai ke? -.-

Anyway, kerja situ seronok sebab kedai ber-aircond, co-workers sporting and dapat gaji. HAHA. Memula seronok lah tapi lama lama aku naik malas nak ke KShoppe sebab co-workers dah makin ramai. Diaorang suka lepak and kadang kadang buat study group dekat situ. Aku dah lah tak suka ramai ramai orang ni. Rasa nak halau sorang sorang guna penyapu pun ada. Hahaha. (Aku harap takde satu pun co-workers jumpa blog aku.)

The best thing about working there is guru penasihat dia sporting nak mampos. Hahaha over kan? Beliau suka belanja kami makan. Orang kayo lah katakan. Susah kot nak jumpa lecturer sporting cenggitu. Sembang pun macam member member. Mu ado?

Nah, iolls lanje uolls gambar.


Teka mana satu aku.

Hari tu musim final, aku tinggal sorang sorang dalam bilik. Roommate aku dua orang tu sebelum Raya Haji lagi dah habis paper. Korang tau tak betapa jealous nya aku dekat makhluk dua orang tu? -.- Tak sempat jumpa-for-the-last-time pun sebab aku tengah exam time diaorang balik. Sobsob. Nampaknya tiada jodoh antara kami. Tapi takpe, aku tak kisah pun. HAHAHAHA.

Disebabkan aku malu nak tidur di bilik kawan dan aku ni penakut orangnya, Mama baik hati menjemput anak daranya ini pulang ke pangkuan keluarga setiap kali habis paper. Acewah. Nasib baik Univ dekat je dengan rumah.

Classmates aku pun baik belaka. Semua pandai pandai. Terasa diriku begitu kecil T.T Aku fikir classmates aku semua sebaya aku. Rupanya tak. Rasa bersalah pulak ber 'aku-kau' even diaorang tak kisah pun sebenarnya. Tinggi betul adab aku. Hahahaha mohon lempang.

Gambar ada dalam handphone. Aku malas nak transfer masuk dalam laptop. Entry ni pun aku malas nak taip sebenarnya tapi aku taip jugak sebab aku sedih tengok blog aku ni macam dah mati je.

Next sem aku pindah kampus Tapah. Aku harap aku tak dapat bilik tinggi tinggi dah. Pray for my result. Aku taknak repeat paper even aku tau kemungkinan besar aku terpaksa repeat paper Akaun sebab paper Akaun haritu aku jawab macam sampah.

Bye.

2 Comment (s)

  1. untung puteri uni dkt gn rumah ..ehehe

    ReplyDelete
  2. tak pernah ada cita-cita nak jadi cashier, sebab pening bila tengok duit banyak-banyak. heee

    ReplyDelete