UiTM Tapah

by - Wednesday, November 18, 2015

Aku rasa dah almost setahun aku tak update. But who cares, right?

Entry kali ni aku nak share sikit pasal tempat aku belajar sekarang which is UiTM Tapah. Wohooo kampus baru guys. Tepuk tangan sikit.

Starting next sem aku dah kena duduk luar. Aku taknak mohon kolej sebab aku nak try living the wild life of a young adult. Yes, aku nak try stay rumah sewa dengan kawan kawan. Plus, aku dah bosan duduk kolej. Rasa macam zaman sekolah sbp dolu dolu. Hahaha.

Aku rasa mostly dah tau pasal UiTM Kampus Tapah ni. But still, there are several things that you might need to know .... or not. Entry aku ni in siswi point of view.

1. Kediaman kolej.

Hands down. Kolej dia memang lawa tahap Nora Danish. Furniture still baru. Tapi incase kau dapat furniture yang dah buruk, sila salahkan senior. Toilet pun lawa. Bersih? Depends. Kadang kadang ada student bodoh pengotor yang suka buang sisa makanan dalam sinki. Ah, stupid betul. Pernah sekali waktu final exam ada orang muntah dalam sinki then tak basuh. Errrggghhh.

Washing machine ada dekat 2 blok. And setiap blok ada 4 washing machine. Tak sure sangat sebab aku tak pernah guna. Sis rajin cuci pakai tangan ye. *flips tudung* Water cooler pun disediakan. Water cooler tak berfungsi malam malam. Apa masalah pun tak tau lah. Better bawak heater siap siap. Senang nak masak air panas untuk milo, nescafe, maggi or ruski korang tu. Ampaian ada dekat depan bilik. Tapi mostly tak kena cahaya matahari. Korang kena pandai pilih tempat nak sidai baju.

Kolej siswi ada dua; Beta dan Alpha. Kolej siswa ada satu; Gamma. Ada bilik untuk 2 orang and ada yang untuk 4 orang. Dalam post aku sebelum ni aku ada cakap aku nak bilik 4 orang. But I changed my preference. Hahaha. Siswi yang dapat kolej patut bersyukur sebab kolej dekat dengan fakulti. Siap ada jalan berbumbung. But korang jangan terpedaya. Kalau hujan, better korang bawak payung and lalu jalan lain sebab jalan berbumbung akan banjir. Ini aku cakap untuk kolej Beta. Alpha aku tak tau lah. Untuk siswa pulak, sila sediakan payung sepanjang masa sebab kolej siswa sangat lah jauh dari fakulti. Kalau korang rasa bawa payung ni nampak sangat feminin nya, lantak korang lah. Haha. And if korang malas nak jalan, boleh bawa basikal.

Kalau ada apapa yng rosak, korang boleh direct terus buat report dekat pejabat kolej. Diaorang akan fix it immediately. *thumbs up*

2. Fakulti

Bilik kuliah, dewan kuliah, makmal komputer, library, etc semuanya cantik and brand new. Library still tak banyak buku. Kalau korang ada assignment ke apa, jangan berharap sangat pada buku buku di library. Dekat luar library ada bilik 24 jam. Kalau malas nak masuk library sebab malas nak pakai pakaian mengikut sahsiah rupa diri or lupa bawa kad matrik, korang boleh belajar dekat situ. Tapi kadang kadang bilik tu full. Bilik tu korang bukannya boleh guna 24 jam pun. Itu semua tipu semata mata sebab nanti malam malam akan ada polis bantuan halau korang semua balik.

Bilik kuliah ada aircond and ada certain bilik yang sejuk nak mampos. Bawak lah selimut or sweater. Kalau lecturer marah kau pakai sweater dalam kelas, kau campak kerusi dekat muka dia. Hahahaha. Dalam setiap bilik kuliah ada tv guuuyysss... for presentation.

3. Kedai kedai

Ada kedai fotostat, mart, k-shoppe, kedai aiskrim, bakery and kedai women's wear. Dekat kedai women's wear tu (aku tak tau nama kedai) ada jual tudung, shawl, baju, perfume, inai etc. Setiap kali aku pergi Pusat Pelajar (PuPe), mesti singgah kedai tu. Hehehe. Dekat bakery pulak ada jual waffle, hotdog, kek, cup corn, and roti roti. Kalau korang nak sambut birthday member tapi takde bajet, haa boleh lah tempah kek dekat situ. Kadang kadang dekat PuPe ada orang bukak booth jual accessories handphone. Kedai print + fotostat ada dua. Accessories handphone, mouse, pendrive, selipar, beg etc pun ada jual dekat situ. Waktu kedai kedai tersebut buka depends pada worker dia. Jangan percaya pada "working hours" yang dia tampal dekat pintu kedai (itu pun kalau ada tampal).

4. Cafe

Setiap kolej ada cafe sendiri. Makanan dia hm boleh lah. Mahal or murah depends pada kedai. Ada certain kedai tu harga makanan dia tak tetap. Yang tu korang kena hati-hati. Means, kalau korang ada niat nak beli dekat that particular kedai, korang kena sentiasa bawa duit lebih. Korang kena adjust waktu nak beli makanan betul betul. Lambat, lauk habis. Awal, lauk tak masak lagi. Lagi sekali, ni aku cakap untuk Kolej Beta. Yang lain aku tak tau. Even setiap kolej ada cafe sendiri, lelaki and perempuan still bercampur guys. Siswa selalu datang cafe kolej siswi sebab cafe lain tak sedap... kot??

5. ATM

Atm buat masa ni ada 1 dekat PuPe and 1 dekat Fasa 1. Bank Islam je ye. Tapi bank lain pun boleh guna (trying to state an obvious fact lol) Sometimes atm takde duit or rosak. So mati lah korang. Hahahaha. Masuk university jangan tahu nak bazir duit mak bapak or ptptn je k.

6. Transportation

Bas UiTM ada. Jangan risau. Tapi tak silap aku, bas UiTM ni untuk pelajar NR je. Eh, entahlah aku tak tahu. Kalau korang nak keluar jalan jalan, boleh sewa kereta or naik teksi or naik kereta sapu. Pepandai lah korang cari sendiri. Nombor kereta sapu and kereta sewa sangat penting. Bagi aku, setiap orang wajib ada. Kalau nak pulang ke kampung/rumah masing masing, ktm ada. Kurang 10 minit dari UiTM. Nak ke ktm tu, korang pandai pandai sendiri lah fikir nak naik apa. Jangan jadi bodoh, hardcore sangat nak jalan kaki pergi sana. But if you insist, its up to you.

Untuk cuti panjang macam cuti raya or cuti mid sem ke apa, bas luar ada disediakan. Nanti korang akan dapat flyers pasal bas tu. Dia ada dua; bas dalam and bas luar. Bas dalam orang dalam UiTM yang handle while bas luar orang luar punya. Kalau korang ni jenis peramah sangat, boleh lah tanya senior senior.

Survival tips:

1. Jangan mohon untuk duduk sebilik dengan kawan. Tak jemu ke asyik nampak muka diaorang je. Heh. Chances untuk gaduh pun lebih tinggi. But still, ikut diri masing masing jugak.

2. Always senyum dekat cleaner kalau ter-bertentangan mata. Most of them are friendly. Jangan nak bongkak sangat.

3. Make friends with neighbour. Nanti nak minta pinjam apapa senang. Hahaha. Kalau kau terkunci luar bilik ke apa, boleh lah tumpang bilik jiran.

4. Make friends with students from other classes. Ini penting lagi lagi waktu test or final. Hehehehehe.

5. JANGAN BUANG SISA MAKANAN DALAM SINKI. Please.

6. Don't be afraid to be alone. Beranikan diri pergi cafe etc sorang sorang. Takde siapalah nak pandang kau. Lol.

7. Masuk pejabat, always pakai kad matrik. Kalau tak....

8. Never trust your roommate. Always kunci loker and jangan tayang tayang barang berharga dekat roommate. Ni based on pengalaman sendiri. Hahahahaha. Faham faham lah korang.

9. Kalau nak cari bahan untuk assignment, guna lah internet (e-book etc). Library is no use. Seriously.

10. Dewan takde. Kalau korang kena berkumpul dekat Pusat Pentadbiran tu, duduk lah berselindung di belakang tiang.

11. Nak fotostat or print, kedai belah kiri lebih murah. Hahahahahahahahaha.

Apapa soalan boleh tanya sini or at my twitter @pterinrdiana. Better twitter sebab aku jarang buka blog. Hehe.






6 Comment (s)

  1. Don't be afraid to be alone. Beranikan diri pergi cafe etc sorang sorang. Takde siapalah nak pandang kau. <--- this..true kot..haxhax..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. ANYWAY HAPPY NEW YEAR ALL THE BEST IN 2016 HUGS

    ReplyDelete
  4. Terjumpa post pasal UiTM Tapah dekat sidebar you. Omg samaaaa but skrg dah grad situ :)

    ReplyDelete