How To Spend in Uni

by - Wednesday, December 14, 2016

Aku baru habis diploma bulan 10 yang lepas. Jujur aku cakap, aku tak sangka aku boleh survive uni life. But I'm glad I did.

Hari tu aku ternampak satu tweet ni. Budak tu merungut rungut pasal dia tak cukup duit dekat uni. Memula I was like, "me too buddy, me too". Sampailah satu part ni, dia merungut yang dia tak dapat guna washing machine sebab tak cukup duit. Then, I was like "B*TCH, U REALLY NEED TO LEARN WHAT PRIORITY IS".

Aku selalu nampak students complain duit tak cukup. But really dude, you just need to learn how to spend your money wisely.

So here aku nak share sikit cara nak spent duit waktu dekat uni.

Aku tak ambik PTPTN or any type of biasiswa. So the only way I get pocket money is from my father. Satu keburukan duit dapat daripada parents ni is that I feel so ashamed to ask for more money. Sebab tu aku bersungguh sungguh nak jimat duit. Luckily kawan kawan aku semua jenis berjimat jugak.

Foods

Waktu aku dekat uni dulu, aku akan tetapkan berapa RM yang akan aku spend dalam sehari. So everyday aku tetapkan yang aku hanya boleh spend RM 6. And that RM 6 is only for foods. Well, this depends on the type of foods you wanna buy and the price of the said foods. Kalau macam kawan aku ni, dia tetapkan yang dia hanya boleh spend RM 8 on foods sebab kawan aku ni makan sayur and other stuff + air manis. Aku tak makan sayur so harga makanan aku lagi murah. Hehe.

 Lunch aku selalu beli nasi putih + ayam goreng (RM 3.50) and dinner selalunya aku beli nasi goreng + sosej 2 (RM 2) 
 Aku selalu beli lunch dengan dinner asing asing. Tapi kawan aku selalunya beli makanan untuk lunch dengan dinner sekali. Tu tips jimat diaorang. Diaorang cedok nasi memang penuh padat bekas makanan tu then bahagikan separuh untuk lunch and separuh lagi untuk dinner. Same goes to their lauk.

Lagi satu, aku selalu beli air mineral satu kotak dekat kedai dua ringgit sebab dekat situ murah. Takpun, aku beli air mineral botol besar dekat cafe. Aku jarang beli air manis sebab aku tak minat sangat air manis. That's an advantage for me. If nak lagi jimat, kau minum je air dari mesin coway. Free of charge. Kawan aku sorang ni jenis memang selalu beli air manis dekat cafe. Tapi dia selalu beli yang large size so boleh minum untuk dinner sekali.

In case aku spend sehari kurang RM 6 (probably sebab aku makan maggi for dinner, aku puasa ke apa), aku akan treat my own self for an expensive (not) dinner. Contohnya macam keuy teow basah or nasi goreng kampung. Takpun aku belanja diri sendiri air milo.


Books

Untuk buku/manual/nota pulak, macam kawan aku ni, dia selalu beli buku senior. Kenapa? Sebab lagi murah. Kadang kadang senior bagi free pun ada. Waktu aku dekat uni dulu, kalau lecturer cakap je "buku ni tak wajib beli", memang aku takkan beli buku tu. Kalau desperate sangat, kau pinjam je buku budak kelas lain. Percaya lah, most of the textbooks memang lecturer takkan guna pun. Cara lain nak jimat ialah, kau share buku tu dengan bestfriend/classmate kau. Dekat situ kau dah boleh jimat separuh duit. Lepastu buku sem sem lepas, kau jual lah dekat junior. Voucher buku yang kerajaan bagi tu kau jangan gatal gatal nak guna untuk beli novel cinta etc. Gunakan untuk beli buku teks bila sem baru bukak. Itupun kalau lecturer kau terima.

Cuci Baju

Aku start guna khidmat washing machine masa sem 4. Itu pun sebab rumet aku selalu guna. Sem 1 sampai 3, aku gigih cuci baju dekat sinki toilet. Sadis tak? Nak jimat bila guna washing machine ni, kau basuhlah sekali dengan rumet/kawan kau. If sorang dah contribute sabun, kau contribute lah softener. Then bahagi dua untuk duit mesin. Takpun, sorang contribute sabun + softener, lagi sorang bayarkan duit mesin. Pepandailah korang fikir nak bahagi cemana. If you're broke af, shut up and cuci je baju dalam sinki.

Entertainment

Kalau nak jimat duit, hangout sebulan sekali pun dah cukup. Kalau dah memang financial kau tahap critical sangat, kau tengok movie sambil makan maggi je lah dengan kawan kawan kau. Aku pantang betul orang yang asyik berfoya foya pastu bising takde duit >:(

Cash on Hand

Aku dulu punyalah pemalas nak pergi bank untuk withdraw duit. Hidup terseksa lah jugak sebab duit dekat dalam purse dah takde. Tapi yang bagusnya, kau boleh jimat duit dengan cara tu. Kalau aku withdraw duit pun, aku selalu withdraw sikit sikit. Contohnya, aku withdraw RM 100 untuk kegunaan for two weeks. Kau rajin ke nak ke bank setiap minggu? Kalau tak, kau ikut cara aku ni.

Extra Money

Kawan aku jadi dropship agent for extra money. Aku pun pernah jadi pastu aku jadi malas pulak nak layan customer. So aku quit. Hahahaha. Kau boleh borong jajan pastu jual dekat kolej. Takpun kau buat kereta sewa. Takpun kau rebus ah sosej/ketam etc dalam heater then jual. Jual makanan malam malam ni selalunya memang laku sebab budak budak macam aku ni memang selalu kebulur. Benda simple kot. Cuma kau rajin atau malas je.



Tu je tips yang aku ada. Tips ni pun aku kumpul mostly daripada apa yang aku tengok kawan aku buat. Diaorang berjimat cara hardcore. Aku ni jimat ayam ayam je.

Bye.

0 Comment (s)